Showing posts with label SPM Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label SPM Bahasa Malaysia. Show all posts

Karangan Contoh : Semangat Patriotisme

Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.
_______________________________________________________

       Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang kukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang dicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang mengorak langkah ke arah menuju taraf sebagai negara yang maju seperti negara England dan Jepun yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakin luntur tidak diatasi.

      Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang sudah lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya menyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi :

                      Burung merbuk terbang melayang,
                         Hinggap setenggak di dahan mati,
                      Kalau menepuk air di dulang
                          Nanti memercik ke muka sendiri.

Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat?

         Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kita haruslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukan kerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siaran televisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemai semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita juga sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme seperti Keranamu Malaysia

        Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskan kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai hadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini mudah diajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladan dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut teori Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

             Langkah yang seterusnya ialah pihak masyarakat haruslah sering mengadakan kempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampu mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnya menjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkan semangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti Rukun Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan.

             Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen dan radio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan program-program yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen harulah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubari rakyat.Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan poster-poster berkaitan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premis-premis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar menghargai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan perasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme yang tinggi.

          Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupaya dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuang masa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutan kemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.


           Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam menjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni' haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam negara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama menyuburkan semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa. Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!


By : Vincent Kok Chin Keong


...................................................................................................
Those sentence or paragraph in red means that those sentence or paragraph are from the Ayat-ayat bombastik either Part 1 or Part 2.This karangan shows how you can apply those sentence into your karangan. Anywhere, this is just a contoh karangan by us :) Do leave us some comment :)



You can download this karangan :


DOWNLOAD HERE




Thanks !




Regards@E-learning for SPM


Like this post?


Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM

Hey there, this item is going to be very useful for those who are weak in Bahasa Malaysia or want to make more preparation for this subject!!! Get this free today now!!! Anyway, you need to be the members of afterschool to view and download this..


Summary about this book :

  • Revisi Komprehensif mengandungi 30 bab dan 367 muka surat. Ketahui semua bab dalam buku ini.
  • Buku ini di tulis oleh seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang telah menerbitkan lebih 60 buah buku.
Register HERE first to become afterschool members before proceed to the following link!


View this :
Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM






Thanks!


Regards@E-learning for SPM

Source : Afterschool

Ayat-ayat bombastik for SPM KARANGAN PART 2

Hey guys, sorry for letting all of you waiting for so long time for the PART 2. In this post, I am going to upload some ayat-ayat Bombastik for SPM Karangan Part 2. There will be PART 3 comming soon !!!


Click HERE if you missed out PART 1



Part 2

Kata Tokoh
Menurut Perdana Menteri yang kelima, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, 'Banyak masalah di dunia ini bermula daripada kejahilan dan sikap manusia yang tidak kuat berusaha untuk memahami antara satu dengan lain serta merapatkan hubungan sesama mereka' Oleh itu, hubungan kita dengan masyarakat perlulah akrab dalam usaha untuk membendung jenayah

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah berkata, 'kita tidak boleh mengurangkan jumlah perokok, tetapi sekurang-kurangnya kita harus mencegah remaja dan kanak-kanak daripada terjebak dalam budaya merokok.Hal ini penting kerana golongan tersebut merupakan pewaris negara kelak.

'Berilah aku seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup.Jika aku diberi sepuluh orang pemuda, aku mampu menggoncangkan dunia'. Memetik kata-kata Soekarno, mantan Presiden Indonesia, jelaslah bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan.


.................................................................................................



To read more, please go to our homework help section under BAHASA MALAYSIA topic or 



You need to register first to proceed. All your info will be secure.

REGISTER HERE

There will be a download link for part 2 inside the forum. Or 

DOWNLOAD HERE


What I advise is, you should view all the content of PART 2 first before download it.I am sure you will like it.

Thanks.


soruce : Internet and reference books



Like this post?

Ayat-ayat bombastik for SPM KARANGAN PART 1

Hey there, in this post, we are going to share some useful and nice sentence that you can put in your karangan...Here are some of them .....


Guru
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya, tidak mengenal erti penat dan jemu memberikan ajaran secukupnya kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita,.Guru turut memainkan peranan yang signifikan ......

In fact , I quite prefer this..I always use in my karangan involved like peranan guru in solving some cases..Hahaha


Statistik
Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh kementerian …. pada tahun …. menunjukkan bahawa sebanyak ….

Pengenalan
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang
 isu ….

Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong?

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat


........................................................................................................................................


To get acess to MORE of this ayat-ayat,  go to our Homework help section under bahasa malaysia topics. You can also download Part 1 Ayat-ayat bombastik in the homework help section !


You need to register first before you proceed! Register HERE

Thanks



Source : Internet and reference books


Regards@E-learning for SPM

Do you like this post?

BAHASA MALAYSIA KARANGAN HELP !!!

Heys guys, when I was searching through some websites, I found out these 2 websites(BLOG) which will surely help you in your karangan writing.Believe it or not ???This is true 

Explore the blog NOW!!

For PMR Students : PMR KARANGAN BLOG 

For SPM Students : SPM KARANGAN BLOG


For your infomation, these two blogs provide you with model karangan for different kinds of topics covered in PMR and SPM. So, do pay your visit to the blog when you are free